Friday, February 4, 2011

Ayah

Mummy and Arwah Daddy - Haji Ali

Family reunion. Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Pemergian ayah menjalin kembali pertalian keluarga yang lama terputus. Kerabat dan keturunan raja-raja terengganu kini bersatu kembali. Menyingkap kembali peristiwa yang sudah lama menegang diantara dua kerabat.

Ayah.. Alangkah kami terkilan kerana ayah tidak sempat melihat keakraban keluarga kita. Kami berharap ayah tenang disana. Alhamdullillah.. Jenazah ayah diuruskan dengan senang. Tiada halangan. Sehingga akhir hayat ayah, kami anak-anak memberi yang paling baik sekali untuk ayah. Ini kerana semasa hayat ayah, ayah sentiasa memberi yang paling baik untuk anak-anak ayah. Tidak pernah sekalipun ayah menolak permintaan kami. Malah ayah memberi yang lebih baik dari apa yang kami pinta. Terima kasih ayah. Wajah ayah tenang dan lawa ketika dikapankan. Alangkah bangganya kami bila terdengar kata-kata yang baik daripada orang yang menziarahi jenazah ayah. Mungkin kerana semasa hayat ayah, ayah seorang yang sangat pemurah, suka bersedekah dan yang penting sekali, ayah seorang yang tidak suka berhutang. Itu adalah kepantangan ayah. Alhamdullillah. Ayah... Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah. Amin.

Sent by DiGi from my BlackBerryTorch® Smartphone?